Tuesday, September 22, 2015

Malam ni ada temujanji massage dengan Puan Rina di Bukit Jana. Jom dapatkan khidmat urutan moden (sports massage) sekarang! Call/Message/Whatsapp saya di 019-3324073

Terapi Ais






Terapi ais. Pernah dengar? Bagi kebanyakkan atlet ataupun individu yang aktif bersukan pasti tahu apa itu terapi menggunakan ais.

Ais bukan hanya untuk minum sahaja, tapi juga berupaya mengubati kecederaan sukan seperti bengkak, kekejangan serta terseliuh. Rata-rata menggunakan minyak panas jika mengalami kecederaan, dan terus mengurut bahagian yang sakit dengan serta merta. Jangan buat macamtu! Ianya akan membuatkan kecederaan bertambah teruk dan proses pemulihan menjadi lambat.

Salah satu kaedah untuk merawat kecederaan sukan adalah menggunakan AIS. Ambil ais dan letak dalam plastik, tak kisahlah plastik apa pun (kalau ada ice/cold pack lagi bagus), kemudian letakkan ditempat yang cedera tersebut dalam 10-15 minit bagi satu sesi. Rehat selama 5 minit kemudian ulang langkah tersebut sebanyak 2-3 kali.


Atlet-atlet di luar negara banyak menggunakan kaedah ini, cuma jarang dipraktikkan di Malaysia. Terapi ais digunakan oleh pakar fisioterapi untuk memulihkan ahli sukan yang keletihan. Terapi ais digunakan untuk mempercepatkan pemulihan ahli sukan yang keletihan dan menyembukan kecederaan. Dengan hanya berendam di dalam ais selama 5 - 10 minit, kesejukan ais itu boleh melancarkan perjalanan darah di kaki ataupun bahagian yang mengalami keletihan. Selepas 10 minit akan terasa kaki berpeluh atau hangat dari dalam dan terasa ringan serta hilang kesakitan. Semasa berendam, darah yang membawa oksigen akan banyak dibawa mengalir ke otot kaki dan bahagian lain badan untuk menolak asid laktic (lactic acid) dan mengeluarkan toksin di dalam darah yang menyebabkan keletihan.

Kredit pada: http://rawatankesihatan.blogspot.my/2008/10/keajaiban-mandi-ais.html

Apa tunggu lagi? Jom mandi ais sekarang!

"All is well"


Monday, April 13, 2015

Badan sakit? Lesu? Stress?


Badan anda sakit-sakit-? Lesu? Tidak bermaya? Jom dapatkan perkhidmatan urutan moden! Booking ditalian 0193324073 sekarang! Caj perkhidmatan yang berpatutan. perkhidmatan dirumah dan dipejabat anda, kawasan Taiping & Kamunting.




Thursday, April 2, 2015

APA ITU SPORTS MASSAGE?

Assalamualaikum,

Yaaa entri kali ini adalah mengenai pengenalan kepada Sports Massage (Urutan Sukan). "Apa itu Sport Massage? Tak pernah dengar pun? Yang saya tahu urutan tradisional jela". Saya tahu rata-rata dari anda tidak mengetahui apa itu Sport Massage, ataupun first time dengar perkataan ini. Urutan ini biasanya terkenal dikalangan atlet serta individu yang terlibat dalam aktiviti bersukan serta rekreasi. Okay jom saya kupaskan serba sedikit mengenai Sport Massage! 

Sport Massage  adalah satu teknik urutan khas yang melibatkan urutan kepada otot, ligament serta tendon. Urutan sukan ini khusus disesuaikan dengan penyakit atau kecederaan didalam sukan. Ianya berbeza berbanding urutan tradisional mahupun urutan biasa seperti urutan Thai yang melibatkan aktiviti regangan.Urutan ini selalunya digunakan oleh atlit sebelum, semasa dan selepas bersukan. Tujuannya adalah untuk meringankan stress dan ketegangan dibahagian otot selama melakukan aktiviti fizikal serta menurunkan kadar kelesuan disebabkan aktiviti harian seperti bekerja. Selain itu ia juga mengurangkan risiko kecederaan lebih-lebih lagi kepada atlit. 

Sport Massage ni untuk atlit saja ke? Untuk orang biasa-biasa macam mana?

Tidak sama sekali! Ramai yang beranggapan urutan ini adalah untuk atlit sahaja disebabkan perkataan sukan itu ye. Sport Massage amat diperlukan oleh setiap individu untuk memastikan kesihatan anda berada ditahap yang memuaskan. Tambahan pula urutan ini dapat meningkatkan tahap fleksibiliti seta menurunkan kadar stress tubuh badan anda. Hebat bukan?

Baiklah itu sahaja pengenalan kepada Sports Massage. Entri-entri yang akan datang saya akan menceritakan lagi mengenai urutan ini. Terima kasih 









Tuesday, March 31, 2015

MASSAGE SERVICE

SPORT MASSAGE THERAPY & REFLEXOLOGY

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Berita baik untuk semua! Wellness Madness adalah syarikat bumiputera (Muslim) yang beroperasi di Taiping, Perak. Wellness Madness menyediakan perkhidmatan Sport Massage (Urutan Sukan) serta urutan Refleksologi. Syarikat kami juga menyediakan perkhidmatan urutan ke rumah atau pejabat jika pelanggan tidak mempunyai masa untuk keluar. Perkara paling istimewa mengenai perkhidmatan ini adalah, setiap RM 1 dari pembayaran pelanggan akan disalurkan ke tabung-tabung masjid.
Antara perkhidmatan urutan moden yang disediakan adalah :

- Urutan releksasi (urutan moden) di badan, seluruh badan dan kaki)
- Urutan sukan
- Refleksologi
- Khidmat nasihat kesihatan secara percuma

**Perkhidmatan urutan sukan ini adalah untuk WANITA sahaja**

Jika berminat boleh hubungi saya, AMY ISMAIL (SMS/CALL/WHATSAPP) via 0193324073