Monday, April 13, 2015

Badan sakit? Lesu? Stress?


Badan anda sakit-sakit-? Lesu? Tidak bermaya? Jom dapatkan perkhidmatan urutan moden! Booking ditalian 0193324073 sekarang! Caj perkhidmatan yang berpatutan. perkhidmatan dirumah dan dipejabat anda, kawasan Taiping & Kamunting.




Thursday, April 2, 2015

APA ITU SPORTS MASSAGE?

Assalamualaikum,

Yaaa entri kali ini adalah mengenai pengenalan kepada Sports Massage (Urutan Sukan). "Apa itu Sport Massage? Tak pernah dengar pun? Yang saya tahu urutan tradisional jela". Saya tahu rata-rata dari anda tidak mengetahui apa itu Sport Massage, ataupun first time dengar perkataan ini. Urutan ini biasanya terkenal dikalangan atlet serta individu yang terlibat dalam aktiviti bersukan serta rekreasi. Okay jom saya kupaskan serba sedikit mengenai Sport Massage! 

Sport Massage  adalah satu teknik urutan khas yang melibatkan urutan kepada otot, ligament serta tendon. Urutan sukan ini khusus disesuaikan dengan penyakit atau kecederaan didalam sukan. Ianya berbeza berbanding urutan tradisional mahupun urutan biasa seperti urutan Thai yang melibatkan aktiviti regangan.Urutan ini selalunya digunakan oleh atlit sebelum, semasa dan selepas bersukan. Tujuannya adalah untuk meringankan stress dan ketegangan dibahagian otot selama melakukan aktiviti fizikal serta menurunkan kadar kelesuan disebabkan aktiviti harian seperti bekerja. Selain itu ia juga mengurangkan risiko kecederaan lebih-lebih lagi kepada atlit. 

Sport Massage ni untuk atlit saja ke? Untuk orang biasa-biasa macam mana?

Tidak sama sekali! Ramai yang beranggapan urutan ini adalah untuk atlit sahaja disebabkan perkataan sukan itu ye. Sport Massage amat diperlukan oleh setiap individu untuk memastikan kesihatan anda berada ditahap yang memuaskan. Tambahan pula urutan ini dapat meningkatkan tahap fleksibiliti seta menurunkan kadar stress tubuh badan anda. Hebat bukan?

Baiklah itu sahaja pengenalan kepada Sports Massage. Entri-entri yang akan datang saya akan menceritakan lagi mengenai urutan ini. Terima kasih