Tuesday, September 22, 2015
Terapi Ais
Terapi ais. Pernah dengar? Bagi kebanyakkan atlet ataupun individu yang aktif bersukan pasti tahu apa itu terapi menggunakan ais.
Ais bukan hanya untuk minum sahaja, tapi juga berupaya mengubati kecederaan sukan seperti bengkak, kekejangan serta terseliuh. Rata-rata menggunakan minyak panas jika mengalami kecederaan, dan terus mengurut bahagian yang sakit dengan serta merta. Jangan buat macamtu! Ianya akan membuatkan kecederaan bertambah teruk dan proses pemulihan menjadi lambat.
Salah satu kaedah untuk merawat kecederaan sukan adalah menggunakan AIS. Ambil ais dan letak dalam plastik, tak kisahlah plastik apa pun (kalau ada ice/cold pack lagi bagus), kemudian letakkan ditempat yang cedera tersebut dalam 10-15 minit bagi satu sesi. Rehat selama 5 minit kemudian ulang langkah tersebut sebanyak 2-3 kali.
Atlet-atlet di luar negara banyak menggunakan kaedah ini, cuma jarang dipraktikkan di Malaysia. Terapi ais digunakan oleh pakar fisioterapi untuk memulihkan ahli sukan yang keletihan. Terapi ais digunakan untuk mempercepatkan pemulihan ahli sukan yang keletihan dan menyembukan kecederaan. Dengan hanya berendam di dalam ais selama 5 - 10 minit, kesejukan ais itu boleh melancarkan perjalanan darah di kaki ataupun bahagian yang mengalami keletihan. Selepas 10 minit akan terasa kaki berpeluh atau hangat dari dalam dan terasa ringan serta hilang kesakitan. Semasa berendam, darah yang membawa oksigen akan banyak dibawa mengalir ke otot kaki dan bahagian lain badan untuk menolak asid laktic (lactic acid) dan mengeluarkan toksin di dalam darah yang menyebabkan keletihan.
Kredit pada: http://rawatankesihatan.blogspot.my/2008/10/keajaiban-mandi-ais.html
Apa tunggu lagi? Jom mandi ais sekarang!
"All is well"
Subscribe to:
Comments (Atom)
